fb fb fb fb fb

KPDN Sarawak terima kes serahan penyelewengan minyak masak paket bersubsidi

FOTO KPDN SARAWAK

KUCHING, 10 Mei- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak hari ini menerima serahan minyak masak paket yang dirampas menerusi aktiviti penyelewengan.

Serahan diterima daripada Batalion 11 Pasukan Gerakan Am PGA Batu Kawa Kuching.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin menerusi kenyataan media memaklumkan minyak masak paket tersebut adalah hasil rampasan daripada serbuan membabitkan dua buah lori di Kampung Raso 2 Lundu.

Lori berkenaan mengandungi 8,347 kilogram minyak masak paket dengan anggaran nilai RM20,867.50.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM75,867.50.

Susulan itu, dua lelaki tempatan telah ditahan dan diserahkan kepada pasukan operasi KPDN Kuching dan kes disiasat mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran Pengawal Bekalan.

Siasatan lanjut akan dilakukan bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti atau rantaian pengedaran minyak masak paket termasuk sumber bertanggungjawab.

Matthew turut menjelaskan sehingga semalam, sebanyak 30,547 pemeriksaan telah dijalankan dan mengesan 345 kes membabitkan nilai sitaan RM13,843,566.40.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE