fb fb fb fb fb

Lima program utama memeriahkan Sambutan Hari Gawai Dayak Peringkat Negeri 2024

Sidang media Sambutan Perayaan Hari Gawai 2024 peringkat negeri oleh Datuk Seri Rolland Sagah Wee Inn

KUCHING, 10 Mei- Lima program utama akan diadakan sempena Sambutan Perayaan Hari Gawai 2024 peringkat negeri bermula Mei sehingga September tahun ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Rolland Sagah Wee Inn berkata kelima-lima program tersebut mempunyai objektif yang sama iaitu mengetengahkan budaya dan makanan tradisi makanan Dayak, membangunkan produk daripada komuniti Dayak selain berkongsi suasana sambutan Hari Gawai.

Beliau yang juga Pengerusi Penganjur Sambutan Hari Gawai Dayak Peringkat Negeri menjelaskan lima program itu ialah, Gawai Dayak Bazaar yang bermula pada 16 hingga 26 Mei di Mjc Batu Kawa Kuching, Karnival Gawai Dayak pada 6 hingga 8 Jun di Dewan Manggeng Siburan Serian, dan Perarakan Gawai Dayak di Tebingan Kuching pada 15 Jun.

Turut diadakan Makan Malam Gala Gawai Dayak pada 22 Jun serta program kemuncak Coffee Table Book and Tourism Brochure pada 16 September.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media sempena Sambutan Hari Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak di Bilik Media Dewan Undangan Negeri Kuching hari ini.

Sementara itu, katanya penganjuran sambutan Hari Gawai Dayak 2024 kali ini dianjurkan oleh Komuniti Bidayuh .

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE