fb fb fb fb fb

Projek 'Sistem Pengangkutan Sungai' dari Tebingan Sungai Kuching ke Siniawan siap 2027

Foto Hiasan/ BERNAMA

KUCHING, 10 Mei- Projek 'Sistem Pengangkutan Sungai' dari Tebingan Sungai Kuching di sini ke Pekan Warisan Siniawan di Bau dijangka siap menjelang 2027.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Henry Harry Jinep berkata penyiapan projek itu juga tertakluk kepada kelulusan pembiayaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.

Beliau berkata pada masa ini kajian navigasi sedang dijalankan dan ia akan disiapkan hujung suku kedua tahun ini.

“Aspek penting kajian ialah mengenal pasti saluran pelayaran paling selamat, kawasan cetek yang berbahaya di sungai, lokasi menarik pengunjung serta mengenal pasti lokasi sesuai untuk jeti di sepanjang laluan dari Kuching Waterfront ke Siniawan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapannya kepada soalan Miro Simuh (GPS-Serembu) yang ingin mengetahui status terkini projek itu semasa sesi soal jawab di persidangan DUN hari ini. -BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI