fb fb fb fb fb

KPT perlu laksana rancangan segera tambah bilangan jurutera bagi jayakan Program AI- Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim /Foto RTM

KUALA LUMPUR, 10 Mei - Negara ketika ini kekurangan 30,000 jurutera.

Perkara itu didedahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap melancarkan Fakullti Kecerdasan Buatan Universiti Tekenologi Malaysia dan Malaysia Artifical Intelligence Nexus 2024 di ibu negara hari ini.

Justeru, katanya Kementerian Pendidikan Tinggi diarah melakukan rancangan segera bagi menambah bilangan profesion itu untuk menjayakan program Kecerdasan Buatan (AI).

"Kementerian Pendidikan Tinggi harus memikirkan bagaimana kita ada suatu rencana segera melalui TVET, Institut Latihan dan Fakuliti-Fakulti Sains Kejuruteraan untuk menambah dengan mempertahankan mutu", ujarnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mahu semua pihak memainkan peranan bagi menarik minat pelajar terhadap Sains ,Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Sekiranya perlu, kaedah pembelajaran yang lebih menarik wajar diperkenal bagi memastikan ia jadi fokus generasi muda.

"Minat anak-anak sudah mulai terhakis dan berkurangan. Harus ada gesaan baru supaya anak-anak menaruh minat.

"Perlu kita asaskan matematik dan sains. Kalau tidak ekosistem itu tidak terbina", kata Anwar

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD