IPOH, 29 April- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak mencatatkan RM3.4 juta nilai rampasan bagi empat bulan pertama tahun 2024.
Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata, ia hasil pemeriksaan dan operasi yang dijalankan agensi itu.
Sebanyak 22,743 premis di seluruh Perak telah diperiksa dan menghasilkan 277 kes.
"Manakala untuk kompaun, sebanyak RM97,800 dan jumlah denda sebanyak RM258,000. Kita kenakan pada mereka yang telah melanggar peraturan KPDN," katanya dalam Program Jalinan Muhibah Bersama Komuniti Pengguna dan Rakan Strategik KPDN Negeri Perak 2024 di Bangunan Persekutuan Greentown di sini.