fb fb fb fb fb

19 sindiket pelaburan ditahan, terlibat pelaburan tidak wujud

Ketua Polis Johor Komisioner M. Kumar

JOHOR BAHRU, 29 April- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 19 individu di sebuah premis kediaman, sekitar Johor Bahru, 25 April lalu, dipercayai terlibat dalam sindiket pelaburan tidak wujud, yang beroperasi sejak Februari, lalu.

Ketua Polis Johor Komisioner M. Kumar berkata, kesemua suspek terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita warga tempatan, serta empat lelaki warga asing, berusia antara 16 hingga 38 tahun. 

Kesemua suspek dipercayai dilatih menggunakan skrip pelbagai bahasa untuk memperdaya mangsa melalui aplikasi media sosial.

Motifnya adalah untuk mempromosikan pelaburan secara dalam talian dengan menjanjikan pulangan yang lumayan kepada mangsa.

"Ini menunjukkan sebelum seseorang menjadi mangsa scam, mereka telah berbual dengan scammer lebih dari sehari. Contoh dia, hari pertama “hello nice to meet you”, lepas tu dia akan kenalkan diri dan tanya nama mangsa.

"Hari kedua pula, contoh dia “do you have hobbies” jadi, dia tak terus pergi kepada pelaburan. Atau penipuan. Dia cari jalan untuk, mengadakan perbualan tersebut, dan supaya mangsa boleh mempercayai dia," kata M. Kumar.

Turut dirampas 73 buah telefon bimbit, 40 keping simkad, 16 helai kertas skrip kerja serta 14 buah komputer riba dan lain-lain.

Kes disiasat mengikut akta 420 kanun keseksaan dan seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1659.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI