fb fb fb fb fb

Klinik doktor pokok, pendekatan baharu kepada pekebun

Datuk Seri Mohamad Sabu

KLANG, 29 April- Kemudahan khidmat Klinik Doktor Pokok dilihat sebagai satu pendekatan baharu kepada pekebun yang menghadapi masalah tanaman Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Perkhidmatan itu dijangka akan diperluas ke seluruh negara.

"Ertinya mereka yang menghadapi tanaman sekiranya berlaku kerosakan atau terkena penyakit, boleh hubungi doktor pokok ini. Mereka dibekalkan dengan alat-alat moden untuk mengesan penyakit dengan segera.

"Pekebun dinasihatkan melakukan penyelesaian segera mengikut ilmu yang dibekalkan kepada mereka," katanya selepas majlis perasmian simposium pengembangan susektor tanaman jawatan pertanian tahun 2024 yang berlangsung di KSL Esplanade hotel, di sini.

Setakat ini perkhidmatan itu telah dilancarkan di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI