KUALA TERENGGANU, 19 Julai- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bahawa tiada harga barangan asas yang naik secara mendadak.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini menyangkal dakwaan terdapat kenaikan harga barangan sebagaimana yang digembar-gemburkan.
Langkah kerajaan mengawal penuh barangan tidak bersubsidi, tidak memungkinkan kenaikan harga barangan.
"Saya memberikan jaminan bahawa ada 11 barangan kawalan kerajaan yang bersubsidi dan juga termasuk yang tidak bersubsidi seperti gula, tepung yang sememangnya tidak naik dan tidak mengalami sebarang kenaikan kerana ia dikawal penuh oleh pihak kerajaan.
Apapun barang-barang pilihan rakyat itu, kita tidak kawal sebab itu terpulang kepada rakyat untuk memilih. Kerajaan mendepani isu kos sara hidup rakyat tetapi kerajaan tidak boleh untuk mengawal kos gaya hidup rakyat. Itu yang saya nak tegaskan," kata Salahuddin kepada pemberita, di sini.
(Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub ditemui pemberita pada program ceramah
Jelajah Perpaduan MADANI di Kuala Terengganu)
Terdahulu, beliau menghadiri program ceramah Jelajah Perpaduan MADANI di Kuala Terengganu.
Mengulas mengenai pembahagian kerusi di bawah Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, ia akan diumumkan dalam masa terdekat.