fb fb fb fb fb

Komuniti mualaf disaran tubuh lebih banyak koperasi - ANGKASA

AMPANG, 19 Julai- Komuniti mualaf disaran tubuh lebih banyak koperasi dalam membantu pertumbuhan ekonomi sekali gus dapat menjaga kebajikan golongan berkenaan.

Menurut Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, penubuhan koperasi mualaf adalah strategi berkesan untuk memberikan pelbagai manfaat kepada individu mualaf dan komuniti secara keseluruhannya.

"Kepada mana-mana kumpulan yang mahu tubuhkan koperasi sama ada mualaf ataupun rakyat Malaysia, prosesnya amat mudah.

Mereka boleh berhubung dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berbanding dulu syarat penubuhan koperasi memerlukan keahlian seramai 50 orang. Namun, sekarang ini hanya 20 orang saja dan proses penubuhannya telah dipermudahkan oleh SKM," kata Dr Abdul Fattah kepada pemberita pada sidang media Mesyuarat Agung Pertama Koperasi Cina Muslim He-Ping Selangor Berhad (KOHEPING), di sini.


(Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr Abdul
Fattah Abdullah ditemui pemberita pada sidang media Mesyuarat Agung Pertama KOHEPING)

Tambah beliau, selain memberikan akses kepada sumber tenaga, modal dan kepakaran, koperasi turut menyediakan ruang pendidikan dan pembangunan keusahawanan termasuk latihan dalam pengurusan koperasi.

Setakat ini, hanya terdapat lapan buah koperasi mualaf berdaftar di seluruh negara, terdiri daripada 590 ahli.

Media Baharu