fb fb fb fb fb

Datuk Dr Abdul Monir Yaacob, Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan

(Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan
kepada bekas Ketua Pengarah IKIM, Prof Datuk Dr Abdul Monir Yaacob/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Mantan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Kuala Lumpur, Datuk Dr Abdul Monir Yaacob diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini.

Pemilihan tokoh tersebut dibuat atas sumbangan besar beliau dalam pembangunan ummah dan perkembangan syiar Islam di Malaysia terutamanya dalam bidang Syariah dan Perbandingan Undang-undang.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah di ibu negara.


(Yang di-Pertuan Agong berkenan bergambar bersama penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan, bekas KP IKIM dan
Anugerah Tokoh Antarabangsa Maal Hijrah Mufti Besar India (kiri)/BERNAMA)

"Saya rasa sesiapa yang dianugerahkan, award, bintang, negeri dapat, persekutuan dapat, dulu dapat Tokoh Anugerah Maal Hijrah Negeri Pahang 2011, setiap orang yang menang anugerah mesti dia berasa bangga dan gembira dan saya sebagai Muslim dan scholar bersyukur kepada Allah, apa yang kita buat, orang menghargai", kata Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2023, Datuk Dr Abdul Monir Yaacob.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menerima kurnia Anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan oleh Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Selain itu, Mufti Besar India Sheikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari pula dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 1445H/2023M.

Beliau merupakan pengasas Pusat Pendidikan Jamia Markaz atau Mazkazu Saquafathi Sunniya yang ditubuhkan pada 1978, yang memberi perkhidmatan pendidikan dan kemanusiaan.

Anugerah kepada kedua-dua tokoh ini termasuk wang tunai dan sijil penghargaan, disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/ 2023.

Media Baharu