fb fb fb fb fb

Jualan Rahmah Bergerak bantu rakyat secara bersasar - Fuziah

SUNGAI PETANI, 19 Julai - Pelaksanaan Jualan Rahmah Bergerak menerusi pendekatan 'Kedai Cari Rakyat' merupakan langkah membantu rakyat dengan cara lebih bersasar.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, menerusi pendekatan itu, Jualan Rahmah Bergerak akan dibuat di lokasi yang majoritinya terdiri daripada penduduk dalam kategori B40.

Menurut Fuziah, hingga hujung Jun lalu, lebih 1 juta rakyat telah mendapat manfaat daripada program Jualan Rahmah Bergerak dengan nilai jualan melebihi RM30 juta.

Setakat ini, program tersebut telah dilaksanakan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Antara barang-barang keperluan yang dijual termasuk telur, minyak masak, tepung, gula, bawang, milo, ikan bilis dan beras dengan harga yang ditawarkan antara 20 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

Katanya, 99 peratus daripada keseluruhan peruntukan berjumlah RM100 juta bagi menjayakan Program Jualan Rahmah disalurkan terus kepada rakyat menerusi pemberian subsidi.

"Bagaimana kerajaan melaksanakan kedai cari rakyat ini untuk membantu orang-orang (rakyat) dengan cara bersasar ye. Jadi rakyat tidak perlu pergi ke kedai, kedai cari rakyat. Dan kita akan berada di seluruh negara.

"Kita akanpoergi ke tempat-tempat dimana ada golongan B40, Program Perumahan Rakyat (PPR), taman-taman kos rendah untuk memastikan bahawa mereka dapat subsidi yang
disediakan untuk rakyat," kata Fuziah, di sini.

(Fuziah ditemui pemberita selepas merasmikan Jualan Rahmah Bergerak di Taman Ria Jaya, di sini)

Sejak dilaksanakan bermula Januari hingga hari ini, sebanyak 36 lokasi melibatkab 15 kawasan Parlimen dan 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah terlibat dengan Jualan Rahmah di premis-premis peruncitan.

Penganjuran program ini dilihat memberi kesan positif dalam usaha untuk meringankan kos sara hidup masyarakat Malaysia MADANI.

Ia dapat dilihat menerusi jumlah keseluruhan pengunjung iaitu seramai 47,150 orang dengan rekod jualan di negeri itu yang berjumlah RM1.6 juta.

Media Baharu