fb fb fb fb fb

Bekas Hakim, Syakirin Omar dinobat Tokoh Maal Hijrah Johor

(Penerima Anugerah
Tokoh Maal Hijrah 1445 Hijriah Peringkat Negeri Johor, Syakirin Omar)

ISKANDAR PUTERI, 19 Julai - Bekas Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Muar, Syakirin Omar,72 tahun, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1445 Hijriah Peringkat Negeri Johor.

Bermula sebagai guru Agama Islam pada 1971, anak jati Segamat itu melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1975, dalam jurusan Undang -Undang Syariah.

Syakirin juga aktif, membuka kelas Ibadah Haji dan Umrah secara percuma pada 1998 hingga 2003, selain pernah menjadi kadi di lima daerah di Johor.

Anugerah tersebut secara tidak langsung, membakar semangat Syakirin, untuk meneruskan Jihad dan Dakwah Islam, yang tidak pernah lapuk dalam dirinya.

"Saya berbesar hati, dan mudah mudahan memberi motivasi keturunan saya anak-anak saya cucu- cucu saya, dengan adanya anugerah ini juga, memberi semangat kepada saya ya, untuk teruskan lagi jihad dan dakwah yang selama ini saya bangkitkan atau saya pelopori yang mungkin akan berterusan," kata Syakirin, di sini.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, menyeru masyarakat menerap nilai murni sahabat -sahabat Rasulullah SAW, bagi memelihara kemakmuran negeri Johor.

(Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid)

Sikap saling menghormati, seiring amalan sahabat Rasulullah daripada golongan Ansar, membantu golongan Muhajirin bagi memastikan kehidupan selesa di Madinah.

Usaha Rasulullah membina perpaduan terhadap golongan Muhajirin dan Ansar serta meraikan kepelbagaian kaum dan agama di Madinah, memberi impak positif kepada pembangunan.

Selaras itu, perbezaan pendirian dan pendapat, tidak sepatutnya menjadi faktor perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Sambutan Maal Hijrah Johor tahun ini bertemakan Perpaduan Teras Maju Johor.

Media Baharu