(FOTO HIASAN)
KUALA LUMPUR, 7 Mac- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub mencadangkan supaya sebuah pasar raya yang hanya menjual barangan mampu milik diwujudkan.
Jelasnya, ia dapat membantu golongan yang memerlukan untuk memperolehi barangan mampu milik dengan mudah.
"Kenapa tidak kita cuba wujudkan pasar raya yang menjual barangan mampu milik. 10 tahun lalu saya pernah melawat pasar raya yang menjual barangan mampu milik di UK dan AS, kerana kadang-kadang barang-barang ini yang mahal adalah jenama tapi kualiti itu tetap sama.
"Jadi, mereka buat pasar raya besar untuk golongan yang memerlukan jadi pelanggan dan keuntungannya amat menarik untuk kita turut serta,"katanya.
Tambahnya lagi, sesi libat urus akan diadakan bersama pihak terlibat dalam aspek pelaburan untuk mewujudkan pasaraya berkenaan.
Datuk Seri Salahuddin menjawab pertanyaan ahli parlimen Rasah, Cha Kee Chin dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.
(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub)