fb fb fb fb fb

Kota Tinggi masih terjejas, berlindung di 24 PPS

Keadaan banjir di Johor

KUALA LUMPUR, 10 Januari- Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor seramai 7,609 orang sementara itu bagi di negeri Pahang melibatkan 1,561 orang.

Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Kota Tinggi kekal menjadi daerah paling terjejas dengan mencatatkan 4,470 penduduk yang masih berlindung di 24 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sementara itu di Johor Bahru seramai 1,703 penduduk terjejas daripada 453 keluarga ditempatkan di 10 PPS.

Di Kluang 1,163 penduduk terjejas banjir, Segamat (103), Batu Pahat (58), Kulai (90) dan Pontian (22).

Bagi negeri Pahang melibatkan 442 keluarga yang masih berlindung di 22 PPS di tiga daerah negeri itu.

Pekan mencatatkan seramai 928 penduduk terjejas banjir, Rompin (608) dan Maran (25).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI