fb fb fb fb fb

Kos haji meningkat, kerajaan jamin subsidi diteruskan

(GAMBAR FAIL)

PUTRAJAYA, 8 April - Subsidi kepada jemaah haji akan diteruskan biarpun kos menunaikan haji tahun ini dijangka meningkat lebih RM25,000 bagi setiap jemaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata kos bayaran yang akan ditanggung jemaah akan dimaklumkan selepas perbincangan lanjut bersama Tabung Haji (TH) dimuktamadkan.

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad / GAMBAR FAIL)

"Subsidi kita akan bagi, berapa kita bagi nanti kita akan maklumkanlah. Saya tidak boleh umumkan sekarang sebab yang akan putuskan kabinet," katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kebajikan Hospital Wilayah Persekutuan 2022 di Hospital Putrajaya.

Tambah Idris, buat masa ini Arab Saudi masih belum mengumumkan kuota haji kepada setiap negara walaupun sebelum ini keputusan tersebut dijangka diumum sebelum Ramadan.

Terdahulu, Lembaga Tabung Haji (TH) masih belum menetapkan Kadar Bayaran Haji bagi musim haji 2022.

Namun, TH menjangkakan kos untuk jemaah Muassasah menunaikan ibadah haji akan meningkat kepada lebih RM25,000.

Media Baharu