fb fb fb fb fb

Insiden penyelam hilang di Mersing: Semua pihak diminta hormati keluarga mangsa

MERSING, 8 April - Semua pihak diminta menghormati situasi sukar dihadapi keluarga mangsa penyelam warga asing yang hilang di perairan Mersing, sejak Rabu lalu.

Perkara tersebut susulan rungutan sebilangan pihak di media sosial berhubung larangan aktiviti snorkeling dan jelajah pulau yang menjejaskan operasi mereka.

Pegawai Daerah Mersing, Mohammed Shakib Ali berkata pihak terlibat juga perlu menghormati usaha pasukan penyelamat menjalankan operasi Carilamat.

(Mohammed Shakib)

Menurutnya, aktiviti jelajah pulau akan diteruskan selepas penilaian terhadap risiko melakukan aktiviti di laut dibuat.

Tambah beliau, usahasama dengan pemilik bot juga penting dalam membendung kegiatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemandu bot di kawasan tersebut.

"Kita tidak mahu apabila pelancong datang, ada perasaan ragu-ragu terhadap kes pemandu bot dan sebagainya," kata Mohammed Shakib dalam satu sidang media, di sini hari ini.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edward Nuing memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu berkenaan insiden tersebut.

Media Baharu