fb fb fb fb fb

RM2 juta diperlukan baik pulih cerun di Taman Dewa Rusia

Foto RTM

PORT DICKSON, 27 Ogos - Kos baik pulih kawasan cerun di Taman Dewa Rusia, di sini yang runtuh susulan kejadian hujan lebat pada 20 Ogos lalu, melibatkan anggaran kos sebanyak RM2 juta.

Exco Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Datuk Mohd Faizal Ramli berkata, tindakan awal yang diambil ketika ini adalah menutup seluruh kawasan cerun itu dengan kanvas, sebagai langkah keselamatan.

"Pada sama sama kita telah pun memohon daripada pihak Kerajaan Negeri atau melalui MARRIS dianggarkan untuk baik pulih cerun ini berjumlah RM2 juta lebih.

"Ini satu tindakan jangka pendek dan untuk tindakan jangka panjang saya cadangkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mengkaji cerun yang ada di sekeliling taman ini," kata Mohd Faizal.

Dalam pada itu, 117 penduduk di Taman Desa Rusa, di sini berada dalam keadaan bimbang selepas kejadian cerun runtuh di bahagian belakang rumah itu.

Menurut penduduk Radia Marhawi, 47 tahun kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 12.30 tengahari ketika hujan lebat dan menyebabkan tembok dinding cerun di belakang kediaman tersebut runtuh.

Kejadian kedua berlaku pada 23 Ogos lalu kira-kira pukul 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam dan mengakibatkan tanah runtuh di cerun tersebut.

"Kami bimbang sehinggakan kami tidak dapat tidur. Alhamdulillah sudah pasang kanvas, jadi kami lega la buat sementara itu. Jadi kami berharap perkara ini dapat lah diselesaikan secepat mungkin. Kami takut kejadian berulang, " kata Radia.

TETITIA YUSOFF