fb fb fb fb fb

Korea Selatan pasaran ketujuh tertinggi, Malaysia raih RM2.9 bilion

Foto RTM

SEOUL, 4 Julai - Malaysia berjaya menjana pendapatan sebanyak RM2.9 bilion hasil kemasukan pelancong dari Korea Selatan sejak tahun lalu.

Pengarah Tourism Malaysia Seoul, Kamilia Hani Abdul Halim berkata, jumlah itu melibatkan seramai 553,136 pelancong dari negara itu dan menjadikan Korea Selatan sebagai pasaran pelancongan ketujuh tertinggi ke Malaysia.

Katanya pelbagai pelbagai bentuk promosi telah dilaksanakan bagi menarik lebih ramai pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM26).

Ia termasuk mengetengahkan lokasi pelancongan baharu serta memperkenalkan pelancongan pendidikan.

"Jadi, tahun depan kita akan meningkatkan lagi aktiviti promosi dengan kerjasama industri pelancongan Korea, terutamanya syarikat-syarikat besar. Kita juga akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan serta memperhebatkan hebahan melalui media sosial, publisiti di akhbar dan media cetak," katanya pada Majlis Mytra B2B Exchange Seoul 2025 yang berlangsung, di sini.

Program anjuran Malaysian Muslim Travel Agency Association (MYTRA) itu merupakan inisiatif bagi menarik lebih banyak pelancong ke Malaysia. Ia melibatkan hampir 100 agensi pelancongan dari kedua-dua negara.

TETITIA YUSOFF