JOHOR BAHRU, 4 Julai- Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah motosikal lain di persimpangan lampu isyarat di Seri Alam, Johor Bahru, petang semalam.
Kedua-duanya dipercayai tidak berhenti ketika tiba di kawasan lampu isyarat.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, ACP Mohd Sohaimi Ishak dalam kenyataan berkata mangsa adalah lelaki tempatan berusia 20 tahun yang mengalami cedera parah, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Seorang lagi mangsa yang merupakan warga Pakistan, berusia 31 tahun dilapor hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Penunggang motosikal maut bertembung di Johor
