fb fb fb fb fb

Korban Perdana Felda Palong 15, 42 ekor lembu dikorbankan

PALONG, 12 Julai- Program Korban Perdana Peringkat Felda Palong 15 julung kali diadakan secara besar-besaran setelah lebih dua tahun pelaksanaan ibadah itu dijalankan secara minimum ekoran wabak COVID-19.

Sebanyak 42 ekor lembu dan tiga ekor kambing disembelih bagi tujuan korban yang dijalankan di kawasan lapang perkampungan Felda Palong 15.

Pelaksanaan program ibadah korban itu dilancarkan dengan bantuan yang diterima daripada 1,500 orang belia dari seluruh negara dengan kerjasama daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Pengurus Felda Palong 15, Azhar Kassim berkata persediaan awal telah dilakukan bagi memastikan kelancaran program tersebut.

"Mereka dah datang sini daripada 2 Julai lagi untuk kerja pembersihan penyediaan tapak dan sebagainya sampailah hari langsung dan semua kerja dibahagikan mengikut tugasan masing- masing," kata Azhar.

Program korban itu berjalan dengan lancar dengan bantuan anak muda yang membantu serta faktor lokasi penyembelihan yang efektif.

"Alhamdulillah baru hari ini kita nampak kebersamaan warga belia dalam melaksanakan ibadah korban sebab sebelum ini orang mungkin tidak yakin apa yang belia boleh buat tapi hari ini kita membuktikan warga belia sekiranya mereka bersatu hati 40 ekor lembu tu senang saja dilaksana untuk ibadah korban," kata Taufik Maslam, Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Sembilan.


(Pengurus Felda Palong 15, Azhar Kassim)

Media Baharu