fb fb fb fb fb

Koperasi Tentera umum dividen 7 peratus

KUALA LUMPUR, 18 Jun- Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) mengumumkan pemberian dividen tujuh peratus kepada 156,156 ahlinya bagi tahun kewangan 2022, berbanding lima peratus tahun sebelumnya.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata pembayaran akan diagihkan sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.

Jumlah bayaran dividen sebanyak RM130.4 juta iaitu RM41.4 juta lebih tinggi, berbanding bayaran dividen tahun sebelumnya, RM89 juta.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata pemberian dividen itu bukti Koperasi Tentera masih mampu memberikan pulangan yang tinggi secara konsisten kepada ahli, walaupun negara berdepan ekonomi mencabar.

"Koperasi Tentera juga turut menawarkan pelbagai jenis skim bantuan kebajikan, kesihatan, pendidikan dan lain-lain kepada anggota setiap penubuhannya.

"Antara sumbangan termasuk bantuan perubatan dan biasisiwa, skim insentif kecemerlangan, sumbangan bakti bantuan persekolahan, bantuan banjir dan khidmat kematian.

"Jadi dalam tempoh 10 tahun, Koperasi Tentera telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM17.7 juta kepada anggotanya iaitu purata RM1.7 juta setahun dalam bentuk kebajikan," katanya.

(Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari/Foto Bernama)

Beliau bercakap dalam sidang media pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera ke-57 di Kementerian Pertahanan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Koperasi Tentera turut melakar kejayaan tahun 2022 apabila diberi pengikitirafan sebagai koperasi premier daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut.

Media Baharu