fb fb fb fb fb

Kontraktor di Perlis laksana program manfaat kepakaran untuk komuniti

Foto RTM

KANGAR, 8 September - Seramai 70 kontraktor bumiputera bawah Pusat Khidmat Kontraktor Perlis dalam pelbagai bidang kepakaran melaksanakan Program Latihan Tapak dan Khidmat Komuniti Sempena Merdeka.

Program dilaksanaan khas pusat itu, sebagai satu pendekatan turun padang melibatkan kontraktor dengan memanfaatkan kepakaran dimiliki untuk membantu komuniti setempat.

Menurut Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor Perlis Intan Sharizat Nasir, usaha tersebut juga bagi memantapkan kemahiran setiap kontraktor membantu menganalisis permasalahan dan mencari penyelesaian di lokasi dan sebagai satu kemahiran baharu kepada setiap kontraktor di lapangan.

"Program sebegini juga bagi meningkatkan pemahaman setiap kontraktor agar lebih menghargai setiap projek yang ditawarkan kepada mereka untuk dilaksanakan dengan bertanggungjawab dan amanah serta menepati panduan dan syarat ditetapkan," kata Intan.

Beliau ditemui media pada Majlis Perasmian Penutup Program Latihan Tapak dan Khidmat Komuniti Perlis Sempena Sambutan Kemerdekaan bersama KRT Taman Perumahan Behor Lateh, di sini.

Selain kontraktor program tanggungjawab sosial yang melibatkan gotong royong membersih kawasan taman, mengecat dewan dan melaksanakan pembaikan kecil dewan, kenduri dan taklimat berkaitan bidang perniagaan turut disertai lebih 50 penduduk setempat. 

TETITIA YUSOFF