fb fb fb fb fb

Banjir Kedah: Satu PPS dibuka

Anggota APM Kedah giat bantu memindahkan penduduk terjejas banjir ke PPS Masjid Sungai Seluang

ALOR SETAR, 8 September - Seramai 48 penduduk terjejas banjir daripada 12 keluarga kini berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kulim, malam tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah dalam satu kenyataan berkata, PPS Masjid Sungai Seluang dibuka pada pukul 9.55 malam menempatkan penduduk terjejas dari Kampung Sungai Seluang Atas dan Kampung Sungai Seluang Bawah.

"Mangsa yang ditempatkan di PPS itu terdiri daripada 17 dewasa, 15 kanak-kanak, lapan warga emas dan lapan bukan warganegara,” menurut kenyataan itu.

Menurut APM, hujan lebat berterusan selama beberapa jam menyebabkan air naik dengan cepat dan proses pemindahan mangsa terjejas telah dilakukan malam tadi.

TETITIA YUSOFF