fb fb fb fb fb

Konsep Malaysia MADANI, bina negara bangsa

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 30 November- Konsep Malaysia MADANI merupakan kunci bagi membina negara bangsa.

Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop berkata perpaduan merupakan asas penting untuk menyatukan rakyat berbilang bangsa di Malaysia.

"Ia merupakan satu perjalanan perkembangan negara menjadi sebuah negara yang sejahtera dan dihormati.

"Konsep negara bangsa itu telah diterjemahkan dengan jelas dalam Perlembagaan Malaysia dan diperkukuh dengan Rukun Negara.

"Kerangka asas Malaysia MADANI adalah aspek penting dalam memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta dan kesejahteraan negara," katanya kepada pemberita dalam program rancangan terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM