fb fb fb fb fb

Konsep madani rangkul semua lapisan masyarakat

SUNGAI PETANI, 21 Januari- Konsep madani yang diperkenalkan kerajaan perpaduan bukanlah retorik politik tetapi merupakan pendekatan kerajaan mengaplikasikan maksud madani menjadikan rakyat lebih mampan dan meningkatkan keyakinan pelabur.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari berkata konsep madani merangkul semua lapisan masyarakat yang menyeluruh tanpa mengira kaum selain meningkatkan ekonomi, pembangunan dan pembangunan sahsiah.

"Kita mengajar rakyat supaya berjiwa bebas, rakyat ini akan tidak bergantung kepada pemerintah.

"Maksudnya kita merangkul semua lapisan masyarakat tidak kira agama dan kaum dari semua aspek baik dari segi ekonomi pembangunan dan yang lebih penting ialah pembangunan sahsiah diri," kata Taufiq kepada pemberita selepas merasmikan Program Hingaq Fest di sini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan konsep Malaysia Madani sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.

Madani yang diperkenal berteraskan enam tonggak iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

(Dr Taufiq berkata konsep madani rangkul semua lapisan masyarakat)

Media Baharu