fb fb fb fb fb

Adabi hasrat luaskan pasaran ke peringkat antarabangsa

RAWANG, 21 Januari- Syarikat pengeluar produk makanan, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd berhasrat memperluas pasaran eksport ke beberapa negara di rantau ini selepas berjaya menembusi pasaran Indonesia, Singapura dan Brunei.

Syarikat itu kini mengembangkan lagi pengeluaran produk di samping membuat pelaburan baharu bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan dan eksport.

Ketua Pegawai Kewangan dan Strategi Kumpulan, Syed Izmal Syed Manshor berkata bagi mencapai sasaran tersebut, syarikat akan berusaha meningkatkan keupayaan pengeluaran termasuk daripada kilang pembuatan baharu di Rawang, Selangor.

"Saya ada visi untuk membawa Adabi ke wilayah dan antarabangsa seperti contoh di Asia, Filipina dan Vietnam.

Selain itu, pelan jangka panjang pula kami sasarkan untuk ke peringkat antarabangsa, tembusi pasaran Eropah dan Afrika," kata Syed Izmal kepada pemberita RTM pada sidang media majlis pembukaan kilang baharu di Rawang.

Mengulas lanjut, syarikat merancang untuk memperkenal lapan produk baharu tahun ini merangkumi makanan dalam tin, rempah dan tepung.


(Foto Hiasan)

Media Baharu