fb fb fb fb fb

KKD bersedia bantu karyawan tempatan hasilkan lebih banyak produk filem, drama berkualiti

(Fahmi ditemu bual dalam program Bual Konti di Wisma Berita, Angkasapuri)

KUALA LUMPUR, 21 Januari- Malaysia perlu memperbanyak penghasilan produk filem dan drama berkualiti bukan sahaja untuk pasaran tempatan, malah untuk pasaran luar negara.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, bagi merealisasikannya, pihak kementerian menerusi agensi-agensi berkaitan akan membantu pemain industri.

"Saya lihat untuk bantu kita mesti buat sedikit penyusuanan semula bagi FINAS contohnya bagi pastikan pembikin filem, sutradara, para pengarah, penulis-penulis diberikan beberapa kemudahan tambahan dan di samping itu kita bagi insentif," kata Fahmi dalam program Bual Konti di Wisma Berita, Angkasapuri di sini.

Beliau berpandangan kejayaan pelakon kelahiran tanah air, Tan Sri Michelle Yeoh di luar negara harus diambil peluang oleh industri filem tempatan, khusunya mendapatkan khidmat beliau membawa filem Malaysia ke persada antarabangsa.

(Fahmi berkata KKD bersedia bantu karyawan tempatan hasilkan lebih banyak produk filem,
drama berkualiti)

Media Baharu