fb fb fb fb fb

Paluan Gendang Cina dijadikan aktiviti kesenian sekolah

(Foto hiasan)

GUA MUSANG, 21 Januari- Alat muzik tradisional Gendang 24 Musim atau Gendang Cina menjadi warisan dan lambang kebudayaan masyarakat Cina dalam seni persembahan.

Bersempena sambutan Tahun Baharu Cina, lebih 30 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Gua Musang, Kelantan giat berlatih bermain Gendang Cina sebagai persediaan mengadakan persembahan.

Menurut Guru Besar SJKC Gua Musang, Law Yin Sim, pihak sekolah mengambil pendekatan menjadikan paluan Gendang Cina sebagai satu aktiviti kesenian sekolah.

Malah sebuah kumpulan khas turut diwujudkan bagi meneruskan budaya warisan masyarakat Tionghua itu.

"Kumpulan gendang ini kami tubuh pada tahun 2019. Jadi cikgu dan murid-murid bertungkus lumuslah untuk membuat persediaan.

"Memang sedikit susahlah sebab masa yang singkat. Buat masa ni saya berterima kasihlah kepada jurulatih saya cikgu Pang bertungkus lumus melatih murid," kata Law.

"Lima minit lebih tu lebih kurang ada lebih 20 ketukan, pukulan dia. Jadi murid kena ingat pukulan dia depan ke belakang tu memang bukan satu perkara yang senanglah.

"Jadi mereka kena beri tumpuan lebih dan kena mendisiplinkan diri masa berlatih, masa persembahan," kata guru penasihat, Pang Poh Seng.

Gendang 24 musim yang menggabungkan seni bunyi, gerak badan dan tarian Cina diasaskan seniman dan budayawan negara, Tan Hooi Song dan Tan Chai Pan.

Lebih dikenali dengan nama Gendang Cina, terdapat 24 gendang digunakan dengan setiap gendang mewakili satu musim dalam 24 musim pertanian kalendar Cina.

(Paluan Gendang Cina dijadikan aktiviti kesenian sekolah/ Foto hiasan)

 

Media Baharu