fb fb fb fb fb

Konflik Sudan : Dua lagi rakyat Malaysia berjaya dibawa keluar

KUALA LUMPUR, 22 April- Dua lagi rakyat Malaysia berjaya dibawa keluar ke lokasi selamat susulan krisis berkenaan.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memaklumkan, "operasi dilaksana pasukan khas Wisma Putra dan pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum."

Selain itu, "operasi itu turut membantu membawa
keluar dua warga Kanada, satu warga Amerika Syarikat dan dua warga United Kingdom."

Walaupun operasi berisiko tinggi, ia perlu dilaksana bagi menjamin keselamatan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan.

Situasi semasa konflik menyaksikan pertempuran antara Angkatan Bersenjata Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces semakin meruncing di kebanyakan lokasi di Khartoum dan bandar-bandar lain.

(Zambry Abdul Kadir)

Media Baharu