fb fb fb fb fb

Manfaatkan perayaan, utuhkan silaturahim, ihsan dan rahmah - Anwar

KUALA LUMPUR, 21 April- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat.

Menerusi perutusan rasmi, beliau mengingatkan umat Islam agar memanfaatkan perayaan untuk menjaga silaturahim serta ukhuwah persaudaraan selain menambah rasa ihsan dan rahmah.

Semangat pengorbanan dan disiplin sepanjang Ramadan juga diharap dapat dijadikan bekalan ke arah kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.

"Manfaatkan waktu ini untuk menjaga silaturahim, ziarah-menziarahi dan menambah rasa ihsan dan rahmah dalam kalangan kita," katanya di sini.

Anwar turut menekankan, ke arah menuju kemajuan perlu berpaksikan keluhuran jiwa menginginkan perubahan dengan meletakkan prinsip rahmah seperti dilalui sepanjang bulan Ramadan.

Tata kelola kerajaan perpaduan akan terus tegas mengembalikan integriti selain menolak rasuah dan penyelewengan supaya nasib dan maruah rakyat dapat ditebus semula.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada penjawat awam, termasuk pasukan keselamatan negara yang bertungkus lumus menjaga keselamatan dan martabat negara.

(Anwar Ibrahim)

Media Baharu