fb fb fb fb fb

Konflik Rusia-Ukraine: Malaysia cari sumber bahan mentah dari negara lain

SEREMBAN, 14 Mac- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) giat mendapatkan sumber bahan mentah termasuk input pertanian dari negara pengeluar lain, berikutan konflik berterusan antara Rusia dan Ukraine.

Ketua Setiausahanya Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, Malaysia mengimport sebahagian bahan input pertanian seperti baja dari dua negara tersebut.

Haslina berkata walaupun perang tersebut tidak memberi implikasi besar kepada sektor pertanian negara setakat ini, pihaknya sedang melihat negara-negara pengeluar bahan mentah lain.

“Memang kita ada import bahan mentah dari Rusia dan Ukraine, tetapi kita juga berusaha mencari solusi dengan negara sumber yang lain, iaitu bahan mentah seperti minyak, baja iaitu input utama pertanian.


(Haslina berkata, pergolakan tersebut turut memberi kesan kepada harga makanan ternakan di pasaran dunia /FOTO BERNAMA)


"Sebelum berlaku perperangan, kita berjaya membawa masuk sebahagian besar, ia mencukupi bagi tempoh sebulan dua ini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 2022 di sini semalam.

"(Kenaikan harga) dedak itu lumrah, ia bergantung kepada harga pasaran dunia, sekarang ini dengan keadaan semasa ia terjejas sedikit, bagaimanapun setakat ini belum memberi implikasi yang tinggi dan kita sentiasa pastikan keadaan terkawal,” katanya. - BERNAMA

Media Baharu