fb fb fb fb fb

2.5 juta pelancong dijangka melawat Langkawi

LANGKAWI, 14 Mac - Langkawi menyasarkan kemasukan 2.5 juta pelancong apabila negara kembali membuka sempadan bermula awal bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) Zainudin Kadir berkata, sasaran itu sekali gus mampu menjana pendapatan hingga RM900 juta sepanjang tahun ini.

(Zainudin ketika ditemui pemberita RTM di Langkawi)


"Sasaran kita pada pada tahun 2020 sebelum ini bersama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) iaitu 202 juta pelancong. Tetapi apabila kerajaan mengumumkan pintu rentas negara dibuka, maka kita sudah ada satu sasaran iaitu pencapaian ataupun perancangan teliti pada 2022 iaitu anggarkan pelancong 2.5 juta pelancong," kata Zainudin di sini.

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan LTA berusaha menarik pelancong negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand termasuk dari negara-negara Asia Barat. 

Tahun 2020 dan 2021 menyaksikan Langkawi hanya meraih RM763 juta berbanding RM1.7 bilion pada tahun 2019 dengan ketibaan sehingga 3.67 juta pelancong.

Media Baharu