fb fb fb fb fb

Kerjasama semua pihak tangani kegiatan cetak rompak secara dalam talian

KUALA LUMPUR, 14 Mac - Usaha menangani kegiatan cetak rompak secara dalam talian perlu dilakukan secara bersepadu oleh pelbagai pihak.

Ini menerusi kerjasama pelbagai kementerian terlibat seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta pihak swasta yang berkaitan.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutf FINAS Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, sudah tiba masa semua pihak bersama tangani perbuatan tidak bertanggungjawab itu yang kini semakin berleluasa.

(Md Nasir berkata kepada RTM selepas Majlis Perjumpaan 36 tahun filem Kembara Seniman Jalanan)


"Jadi cabaran streaming dan penayangan secara 'online' agak berleluasa. Jadi dengan isu-isu berterusan dan 'tenggelam timbul' ini sudah sampai masanya pelbagai pihak KPDNHEP ,KKMM dan pihak-pihak yang lain perlu bekerjasama untuk membincangkan dengan secara tuntas," katanya di sini.

Tambahnya FINAS sebagai penasihat teknikal isu hak cipta bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan KPDNHEP serta badan-badan swasta lain akan berbincang menerusi penubuhan pasukan petugas khas bagi menanganinya dengan lebih mendalam.


Media Baharu