ISKANDAR PUTERI, 19 Jun- Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada kenaikan harga minyak RON95.
Ini meskipun harga minyak mentah di pasaran global melonjak susulan ketegangan geopolitik antara Iran dengan Israel.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan harga minyak disebabkan oleh perubahan mendadak dalam pasaran global walaupun harga semasa berada pada paras rendah, sebelum ini.
Tambah beliau, harga minyak yang berubah merupakan perkara biasa namun peningkatan kali ini berlaku secara agak mendadak.
“Minyak ini naik turun. Sekarang ini keadaannya rendah. (Jika) naik tu agak mendadak sedikit, hasilnya baik untuk Petronas, tapi kesan kepada negara lain. Kita tak naik harga minyak,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan PKR Johor, di sini hari ini.