fb fb fb fb fb

Komuniti media disaran tubuh koperasi, platform jana pendapatan

Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia Datuk Ahmad Norihan Jalal/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Komuniti media disaran menubuhkan koperasi sebagai salah satu platform menjana sumber pendapatan.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia Datuk Ahmad Norihan Jalal, pihaknya sedia membantu dari segi pengurusan koperasi.

"Apabila kita berada dalam koperasi, bila umur kita makin meningkat, sekurang-kurangnya kita ada satu platfom yang boleh kita membuat satu sandaran. Jadi inilah saya galakkan bahawa terutamanya pengamal media untuk membuat koperasi.

"Sekiranya pengamal media kurang berpengetahuan dalam koperasi, maka saya mohon pegawai-pegawai saya untuk menyantuni kepada media terutamanya supaya menggalakkan ini salah satu wadah platform perniagaan kita", katanya selepas program 'Meet and Greet-SKM X Media 2024' di Kuala Lumpur.

Beliau menyatakan daripada 16,800 koperasi, koperasi melibatkan media mungkin kurang daripada satu peratus.

Tambahnya, potensi untuk media bersama koperasi adalah cerah kerana mereka sentiasa berhubung dengan masyarakat daripada pelbagai latar belakang.

ROSLINA BINTI DIN