KUALA LUMPUR, 18 Disember- Dua laporan polis dibuat kumpulan pertubuhan bukan kerajaan terhadap penulis blog PapaGomo yang memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Turut dilaporkan, salah laku bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkaitan isu kedaulatan Batu Puteh.
Laporan dibuat Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat bersama beberapa kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di IPD Dang Wangi.
Mereka mahu tindakan tegas diambil terhadap penulis blog tersebut dan bekas Perdana Menteri terbabit.
Menurut Naib Pengerusi Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat, Shahruddin Embon, sekiranya dibiar, pihaknya khuatir perkara itu akan terus melarat.
"Tapi isu dia sebelum ini begitu melampau. Dia telah membuat kenyataan menghampakan (defrustrate statement) setiap malam. Ini termasuk memberitahu bahawa di TikToknya bahawa Perdana Menteri adalah ejen Yahudi.
"Polis yang memberikan maklumat kepadanya perlu dipertanggungjawabkan. Banyak maklumat salah diguna oleh pasukan polis bertahun-tahun lamanya untuk mencemarkan nama baik pembangkang," kata Shahruddin kepada pemberita, hari ini.
Mereka mendesak tindakan tegas diambil pihak berkuasa.
Turut digesa, tindakan serupa terhadap pengendali platform media sosial terlibat.