fb fb fb fb fb

Penyerahan tahanan Guantanamo, Farik dan Nazir diarah jalani proses penilaian

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Semua orang berhak mempunyai peluang kedua dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan mereka berjaya mencapai peluang berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah menerima Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep, hari ini.

Menurut Tan Sri Razarudin, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengarahkan kedua-duanya menjalani proses penilaian sebelum memasuki fasa pemulihan secara komprehensif sebelum direintegrasi ke dalam masyarakat.

Menurut beliau, kedua-dua mereka mempamerkan sikap positif dan terbuka untuk dinilai dan dipulihkan selain menyatakan komitmen tinggi untuk kembali menjadi ahli masyarakat yang progresif.

Dalam pada itu, KDN merakamkan ucapan penghargaan kepada pelbagai agensi kerajaan yang terlibat menyempurnakan proses penyerahan berkenaan.

Mohammed Farik atau Zaid (Zubair) dan Mohammed Nazir atau Bashir Lep (Lillie), ditahan atas dakwaan terbabit dalam kumpulan militan Jemaah Islamiah dan Al-Qaeda sejak 2003.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM