fb fb fb fb fb

Komuniti Madani suara Kerajaan Perpaduan - Fahmi

Foto FB Menteri

LABU, 6 Julai- Komuniti Madani perlu aktif bagi membantu penyaluran maklumat yang tepat dan sahih selain menyebarluaskan inisiatif yang dilaksana kerajaan ke peringkat akar umbi secara berterusan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata sebanyak 1,878 Komuniti Madani telah ditubuhkan di seluruh negara dan 108 daripadanya adalah di Negeri Sembilan yang melibatkan 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kita minta mereka bergerak dengan lebih aktif untuk sampaikan maklumat. Contohnya tentang isu Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang telah diumum oleh pihak Bank Negara Malaysia yang mana pengekalan terhadap 3.00% itu.

Langkah ini supaya tidak timbul sebarang salah faham. Jabatan Penerangan (JAPEN) akan bertanggungjawab membantu dari segi pemberian maklumat rasmiĀ untuk disampaikan kepada 1,878 Komuniti Madani di seluruh negara," kata Fahmi kepada pemberita pada Program Kita Madani Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Terbuka Kampung Seri Batu 8, di sini.


(Foto FB Menteri)

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi Digital, Teo Nie Ching.

Tambahnya, kerajaan amat mengalu-alukan penyertaan aktif masyarakat melalui Komuniti Madani untuk menyampaikan serta menjelaskan maklumat yang sahih dan telus.

Media Baharu