fb fb fb fb fb

Kompleks sukan di Puncak Alam bakal dibina akhir tahun ini

PUNCAK, ALAM, 17 Julai - Kompleks sukan seluas 0.9 hektar bakal dibina di sini, bagi meningkatkan kemudahan awam penduduk setempat.

Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd, Tan Sri Rozali Ismail berkata lokasi kompleks berkenaan sudah pun dikenal pasti dan pembinaan dijangka akan dilaksanakan pada akhir tahun ini.

(Rozali bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan
Karnival Sukan Antara Fasa 2022 di pekarangan Masjid Bandar Puncak Alam)

"Tanah sahaja lebih kurang dalam RM7 juta. Tapi kompleks ini, kita akan minta pihak berkuasa kementerian sukan yang berkaitan, untuk tampil membina kompleks. Dan pihak pemaju saya sendiri akan menyumbang satu atau dua komplkes di pusat sukan,"kata  di sini.

Perbincangan mengenai fasiliti sukan akan dilakukan bersama Persatuan Penduduk Puncak Alam.

Antara kemudahan yang bakal disediakan di kompleks sukan adalah gelanggang futsal, badminton, sepak takraw, bola jaring dan kemudahan gimnasium.


Media Baharu