fb fb fb fb fb

Kerajaan bakal teruskan pemetaan sumber nadir bumi - PM

Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 11 Oktober - Kerajaan akan meneruskan aktiviti pemetaan sumber nadir bumi dengan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi memperkukuh potensi sektor berimpak tinggi itu.

Usaha ini bertujuan memastikan sumber nadir bumi negara dimanfaatkan secara mampan dan strategik, seiring dengan matlamat untuk membangunkan aktiviti hiliran yang mampu memberi nilai tambah kepada ekonomi.

inisiatif ini turut melibatkan usaha sama antarabangsa yang diterajui Khazanah Nasional Berhad, bagi memperkukuh kerjasama teknologi dan pelaburan dalam rantaian industri nadir bumi.

Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada strategi Malaysia untuk muncul sebagai pemain utama dalam sektor mineral bernilai tinggi, selaras dengan agenda pembangunan ekonomi mapan negara.

Perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat semalam.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN