fb fb fb fb fb

Kod etika penimbang tara elak elemen berat sebelah dalam pengadilan - Azalina

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),
Datuk Seri Azalina Othman/ BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 24 Jun - Satu Kod Etika tegas bagi penimbang tara perlu diwujudkan demi menjamin ketulusan serta mengelak elemen berat sebelah dalam pengadilan.

Cadangan dilontar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman berhubung tuntutan Kumpulan Sulu.

Beliau menerusi kenyataan memaklumkan, tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu terhadap Malaysia mencerminkan proses timbang tara boleh disalah guna untuk mengancam negara berdaulat.

Ini berikutan ketiadaan mekanisme pengawasan dan kegagalan penimbang tara untuk mematuhi standard etika juga profesional.

Mekanisme pengawasan penting bagi memastikan penimbang tara berpegang kepada standard etika yang ketat bagi mengelakkan sebarang kes penimbang tara ‘berat sebelah’ atau prasangka.

Azalina memberi jaminan kerajaan akan terus mempertahankan kedaulatan negara menerusi pelbagai usaha bagi memberi kefahaman berhubung kes Sulu.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu