fb fb fb fb fb

'Admin' Facebook JDT Fan Club direman tiga hari

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 24 Jun- Seorang lelaki tempatan dipercayai pengendali (admin) akaun media sosial Facebook 'JDT Fans Club' ditahan polis selepas memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap institusi diraja dan Sultan Johor.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Alor Setar, Kedah, semalam dan direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 26 Jun depan.

"Sebuah telefon bimbit dan satu kad sim yang dipercayai digunakan suspek ketika membuat hantaran terbabit turut dirampas untuk siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan 1948 kerana menghina raja, Seksyen 500 Kanun Keseksaan (fitnah jenayah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam," katanya.

(Foto fail)

Media Baharu