(Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada KMJ 2023 di Paloh, Kluang, hari ini/
FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)
KLUANG, 6 Ogos- Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 menaikkan daerah sini sebagai destinasi pelancongan bersejarah di Johor.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh merangkap Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Lee Ting Han berkata, KMJ 2023 memberi peluang kepada rakyat bersua muka dengan keluarga Diraja Johor.
Pengisian menarik, lokasi bertepatan dan kemesraan keluarga Diraja Johor dengan rakyat menjadi nilai tambah kejayaan KMJ.
"Sempena empat hari KMJ ini, semua tempat yang mana orang tempatan keluar beramai-ramai untuk menyambut keberangkatan duli yang amat mulia (keluarga Diraja Johor).
"Memandangkan fasiliti yang ada sudah dinaik taraf dan dibaik pulih, maka kita yakin ia akan dapat membantu meningkatkan lagi aktiviti pelancongan," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Lebih 2,000 rakyat hadir di dua lokasi kembara di Kluang, hari ini.
(Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim pada KMJ 2023 di Paloh, Kluang, hari ini/
FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)
Berita berkaitan:
TMJ pimpin jelajah Kembara Mahkota Johor 2023
Kembara Mahkota Johor 2023 buka tirai Sabtu ini