fb fb fb fb fb

Papan tanda Mydin terbakar, tiada mangsa terlibat

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dan Ipoh memadamkan kebakaran papan tanda Pasar Raya Mydin

IPOH, 16 Februari- Papan tanda di sebuah Pasar Raya Mydin di Meru Raya, di sini terbakar kira-kira 10 peratus, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan berhubung kejadian itu diterima pada pukul 8.32 malam.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dan Ipoh digerakkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi mendapati kebakaran kira-kira 10 peratus berlaku melibatkan papan tanda di luar bangunan," kata Sabarodzi Nor Ahmad.

Kemudian pihak bomba melaksanakan kerja-kerja pemadaman dan pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI