(Foto fb Polis KL)
KUALA LUMPUR, 21 Februari- Polis Kuala Lumpur akan menganjurkan program KL Cops Night Ride 2023 sempena Hari Polis ke-216.
Program yang akan diadakan pada 18 Mac ini bertujuan mendekati masyarakat selaras dengan slogan "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada".
Program kayuhan basikal sejauh 21.6 kilometer ini akan bermula pada jam 9.00 malam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Antara jalan yang akan dilalui ialah Jalan Hang tuah, Jalan Jelatik dan Jalan P.Ramlee.
(Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim/Fb Polis KL)
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, seramai 2,160 orang dijangka menyertai kayuhan tersebut.
Beliau menyeru masyarakat khususnya warga Kuala Lumpur mengambil peluang ini bagi mendekati barisan kepimpinan Polis Kuala Lumpur.
Tarikh akhir pendaftaran ialah pada 3 Mac dan orang ramai boleh mendaftar di laman sesawang cps4me/klcopsnightride.