fb fb fb fb fb

KKM sita 15,000 produk merokok bernilai RM335,943 di seluruh negara

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni melawat reruai pameran selepas Merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia dan Hari Tuberkulosis (TIBI) Sedunia serta Pelancaran Ops Cakna Peringkat Negeri Johor di IOI Mall, hari ini/ BERNAMA

KULAI, 12 Julai- Kementerian Kesihatan (KKM) menyita 15,000 produk merokok, bernilai RM335,943 menerusi penguatkuasaan Akta 852 yang dijalankan seluruh negara, bermula 1 Oktober 2024 hingga 31 Mei lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, sitaan melibatkan 181 premis.

Dalam tempoh sama, sebanyak 65,635 notis dikeluarkan mengikut Seksyen 47, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Penguatkuasaan melibatkan lawatan ke atas 250,961 premis, dan 14,011 operasi.

"Di Johor, bilangan operasi yang telah dilaksanakan adalah 803 operasi dan juga notis kesalahan yang dikeluarkan adalah 6,132 dan juga notis kesalahan di bawah Seksyen 16 (2) di tempat makan, adalah 3,969.

"Di tempat makanan ini adalah merupakan antara premis yang mempunyai jumlah tindakan tertinggi, yang kita buat di seluruh Malaysia", katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau, serta Sambutan Hari Tuberkulosis Sedunia di Kulai.

ROSLINA BINTI DIN