fb fb fb fb fb

KKM selesai 141 projek pembaikan klinik, fasiliti daif seluruh negara

KUALA LUMPUR, 19 September - Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyiapkan sebanyak 141 projek pembaikan klinik dan fasiliti daif di seluruh negara manakala 295 projek lagi dalam fasa pelaksanaan setakat 5 Sept ini, kata Menterinya Dr Zaliha Mustafa.

Zaliha berkata, semua kerja-kerja pembaikan dan naik taraf klinik-klinik daif dijangka akan siap sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini.

Tambah beliau, KKM sentiasa berusaha dan prihatin ntuk menambah baik kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan di Sabah dan Sarawak menerusi komitmen terhadap pemenuhan Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63) berkait hal-hal kesihatan.

"Bagi negeri Sarawak, sebanyak 14 klinik daripada 36 klinik telah siap dibaiki dan dinaik taraf manakala sebanyak 3 klinik daripada 23 klinik telah siap di Sabah.

"Sukacita saya ingin maklumkan bahawa, pada masa ini sebanyak 10 projek pembinaan fasiliti kesihatan dan 9 projek naik taraf kemudahan sedang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak," katanya ketika menggulung perbahasan Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.



Katanya, selain itu KKM akan menaik taraf perkhidmatan kepakarannya termasuk pemerkasaan bagi hospital berpakar sedia ada yang melibatkan 9 buah hospital di Sabah dan 11 buah hospital di Sarawak.

Tambah beliau, KKM telah memulakan Kajian Jurang dan penawaran keperluan fasiliti, peralatan dan sumber manusia untuk kesihatan yang dijangka siap pada November tahun hadapan.

"Kajian ini akan membantu KKM merancang keperluan sumber kesihatan di seluruh negara dengan lebih tepat dan mencukupi.

"Ia bagi pembangunan fasiliti kesihatan, peralatan dan sumber manusia, berasaskan bukti keperluan penduduk pada masa kini dan akan datang," tambahnya.

Media Baharu