fb fb fb fb fb

Gas ammonia bocor, dua orang sesak nafas

(Foto BBP Simpang Pulai)

IPOH, 19 September- Dua orang sesak nafas selepas sebuah kilang membuat ais di Persiaran Industri Rapat, Ipoh mengalami kebocoran gas ammonia, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Ipoh untuk rawatan lanjut.

"Sejurus menerima laporan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dengan dibantu BBP Pasir Putih dikejarkan ke lokasi berkenaan.

"Kebocoran gas tersebut berpunca daripada paip saluran gas ammonia yang bocor.

"Bau gas tersebut dapat dihidu dari jarak 100 hingga 300 kaki.

"Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) kemudiannya membuat size up serta diver 1 untuk masuk ke dalam kawasan hot zon.

"Ia bagi menutup kebocoran di bahagian valve tangki dan pasukan Hazmat akan mengambil bacaan selanjutnya di kawasan hot zon serta mengenal pasti kebocoran yang masih terdapat pada tangki itu," kata Sabarodzi menerusi kenyataan.


(Foto BBP Simpang Pulai)

Media Baharu