fb fb fb fb fb

KKM sedia hantar pasukan perubatan ke Gaza

FOTO HIASAN / AFP

PUTRAJAYA, 15 November- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia menghantar pasukannya ke Gaza.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, KKM kini membuka permohonan secara dalam talian kepada mana-mana pegawainya yang bersedia berkhidmat sebagai sukarelawan.

Bagaimanapun, para pegawai dan anggota KKM yang berhasrat ke Gaza, bakal dipersiapkan dengan kekuatan mental dan fizikal sebelum menjalankan tugas di negara bergolak itu.

"Yang itu memang dalam pemantauan kita, dan kita telahpun membuka borang secara dalam talian untuk mana-mana daripada anggota kesihatan yang bersedia untuk dihantar ke sana.

"Kita akan laksanakan latihan dan nanti saya akan maklumkan berapa ramai yang sudah memohon menjadi sukarelawan di sana.

"Kita pun tengah menunggu dan bekerja rapat dengan pasukan seperti Palang Merah di sana dan sebagainya, dan di sini juga kita bekerja dengan MERCY yang juga merupakan NGO yang terus berkhidmat di sana. Jadi itu persediaan di peringkat kami,"katanya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE