Projek kesihatan Melaka, KKM mohon dana RM1.8 bilion

FOTO BERNAMA

BUKIT PALAH, 7 Jun – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memohon peruntukan melebihi 1.8 bilion bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi melaksanakan lima projek pembangunan kesihatan utama di Melaka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek berimpak tinggi termasuk pembinaan hospital baharu serta pembangunan blok tambahan dan lain-lain.
  • Gabungan projek bersifat jangka sederhana dan panjang.
  • Peruntukan segera sekitar RM6 juta disalurkan untuk naik taraf dan pembaikan peralatan di enam fasiliti.
  • Kenyataan dibuat oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad semasa lawatan kerja rasmi di Hospital Melaka.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, antaranya melibatkan projek-projek berimpak tinggi seperti pembinaan hospital baharu, pembangunan blok tambahan dan sebagainya.

“Gabungan projek jangka sederhana dan panjang ini bakal menelan belanja sebanyak RM1.8 bilion.

“Bagi bantuan segera pula, peruntukan sekitar RM6 juta telah disalurkan khusus untuk kerja-kerja naik taraf dan pembaikan peralatan perubatan di enam fasiliti kesihatan yang saya lawati semalam dan hari ini, termasuk di Durian Tunggal, Jasin, dan Bukit Katil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja rasmi di Hospital Melaka di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.